Thursday 26 December 2013

Kolej Maryland Sokong Usaha Kerajaan Membanteras Masalah Perokok Di Kalangan Pelajar


Penulisan asal: Emilie Eastman (Capital News Service)
Alih bahasa: Apap

Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kolej dan universiti seluruh Maryland telah memutuskan untuk menyokong usaha kerajaan dalam membanteras masalah merokok dalam kampus.

Majoriti kolej yang menyokong usaha ini adalah daripada kolej-kolej komuniti dan sepuluh kampus dalam Universiti Sistem Maryland. Mereka melakukan adaptasi satu sistem 'wide smoke-free policy' sejak tahun lepas. Hanya dua kolej swasta sahaja yang telah melaksanakan undang-undang mengharamkan rokok disini dan kedua-duanya adalah kolej berorientasikan keagamaan,

Di negara ini, kolej-kolej dan universiti-universiti sedang giat mengadaptasi polisi 'smoke-free'. Sejak 2010, jumlah kampus yang melaksanakan polisi ini meningkat dua kali ganda dan 1127 institusi telah melarang aktiviti merokok di premis mereka. Maklumat ini daripada 'American Nonsmokers Rights Foundation' yang memberikan inisiatif mengumpul data dalam negara.

"Kita telah nampak beberapa gerakan disetiap pelusuk negara dan daripada pelbagai fakulti dan kampus,"kata Liz Williams, pengarah projek 'American Nonsmokers Rights Foundation'. "Dalam jangka masa empat tahun yang lepas, kita telah menyaksikan perubahan besar-besaran dalam pelaksanaan polisi 'smoke-free'".

Williams berkata terdapat beberapa gerakan daripada universiti-universiti awam yang konsisten dengan situasi di Maryland. Bercadang untuk meluaskan kempen ke lebih 20 institusi swasta.

Walaupun semakin banyak kolej mengadaptasi polisi tersebut, namun penguatkuasaan dari pihak institusi adalah sangat mendukacitakan.

Di universiti-universiti awam di Maryland, setiap pelajar yang ditangkap merokok di dalam kampus hanya dikenakan denda dan kadang-kadang dilepaskan. Universiti Frostburg, Universiti Maryland dan Kolej Park adalah antara yang melaksanakan polisi ini sepenuhnya di seluruh kampus. Manakala di Universiti Salisbury dan Universiti Townson mengenakan saman sebanyak $75.

Bergantung kepada keluasan kampus dan beberapa faktor yang lain, sebahagian kolej yang melaksanakan 'smoke-free' telah mewujudkan kawasan khas untuk merokok. Kawasan khas merokok di Universiti Maryland, Baltimore County di panggil sebagai 'The Pit' oleh pelajar mereka. (Richard Sherman)

'The Pit', kawan berbentuk U dan tertutup di bina di bahagian tempat letak kereta yang ditutup dengan dinding cinderblock tanpa bumbung. Kerusi dan tong sampah juga disediakan, kata Sherman.

"Seperti ada perasaan yang tidak menyenangkan pada masa itu," katanya.

Namun, pelajar memahami keadaan tersebut.

"Ia adalah berpatutan untuk mengasingkan pelajar yang merokok dengan mereka yang tidak merokok. Kerana mereka tidak tahan dengan asap rokok. Jadi tempat untuk merokok yang diwujudkan adalah bagus," kata Sherman.

Maj. Paul Dillon, dari polis kampus UMBC, mengatakan mereka telah menjalankan penguatkuasaan untuk larangan merokok. Jabatan mereka telah menghantar amaran, tetapi kita harus tunggu untuk akta denda $50 untuk dilaksanaan. Kita perlu tunggu pelajar mengadaptasi dengan akta baru ini.

Seorang pelajar junior, Ben Gruber mencadangkan agar pelaksana undang-undang larangan merokok dilakukan oleh orang yang khas.

"Mereka mempunyai orang..yang sepatutnya memantau mereka yang merokok tidak merokok di kawasan larangan, walaupun ia agak pelik dalam menghabiskan duit rakyat,"katanya.

Kampus Maryland sebelum ini melarang pelajar merokok dalam premis atau berdekatan dan ia adalah sama dengan polisi yang baru dilaksanakan ini.

Pelajar Kolej Goucher boleh dikenakan denda sehingga $250 jika merokok berdekatan dengan premis kata Kristen Pinheiro, Direktor Perhubungan Media. Sementara di Kolej St. John, Annapolis , mereka menggalakkan pelajar agar mengikut suara hati mereka sebagai panduan, kata Patricia Dempsey, Direktor Komunikasi. Di Universiti Mount St. Mary, pelajar dikenakan denda menulis essey, kata Michael Tabersky, Dekan Pelajar.

"Jika ada pelajar merokok, kami mahu mereka tahu bahawa wujudnya polisi ini," katanya.

Pendidikan yang menyeluruh adalah konsisten dengan kata-kata William yang menjadi matlamat utama kepada polisi 'smoke-free': pendidikan dan komunikasi.

"Tujuan utama mewujudkan kampus bebas merokok adalah untuk mendidik mereka. Berbeza dengan mengenakan hukuman," katanya. "Ini jelas menunjukkan bahawa penguatkuasaan yang jelas dan konsisten adalah efektif."

source: http://dundalk.patch.com/groups/schools/p/maryland-colleges-join-national-movement-to-snuff-out-student-smoking

................................................................................................

Apap: Merokok dikalangan pelajar universiti adalah satu fenomena yang tidak sihat dan membawa kepada banyak kemudaratan dan pembaziran. Mereka yang merokok perlu sedar bahawa ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.

Wednesday 25 December 2013

Pelajar Mendekati Golongan 'HIJAU'




Penulisan asal: Kevin Zelaya
Alih bahasa: Apap

LEXINGTON, Neb. - Pada tahun 1960-an sebuah buku 'non-fiction' yang diterbitkan iaitu "Silent Spring" daripada penulisnya, Rachel Carson telah membangkitkan kesedaran baru tentang alamsekitar di antara pelajar Sekolah Tinggi Lexington. Kesedaran ini wujud setelah mereka menghabiskan bacaan mereka di dalam Kelas Kepujian Kimia.

"Banyak yang saya pelajari, beberapa perkara saya telah belajar dahulu atau perkara yang saya tidak ambil peduli, sekarang saya seperti 'Wow'!" kata Aura Revolorio seorang pelajar Sekolah Tinggi Lexington.

"Sebelum saya membacanya, apabila saya melihat alamsekitar, apa yang saya fikirkan adalah kitar semula. Buku ini menjurus dengan lebih mendalam tentang bahayanya racun perosak (serangga) terhadap banyak benda," kata Odwuar Quinonez-Rodriguez, pelajar Sekolah Tinggi Lexington.

"Dengan membaca buku ini, kita mendapat lebih informasi tentang apa yang kita telah lakukan terhadapa alam sekitar, dan ia juga adalah pembacaan yang mencabar kerana banyak kosa kata yang susah," kata Rodriguez.

Sebagai seorang 'Marine Biologist', Carson telah diberi penghargaan kerana membantu gerakan alam sekitar (hijau) moden melalui bukunya 'Silent Spring' yang menceritakan tentang bahayanya penggunaan racun perosak yang berlebihan.

Musim bunga tanpa bunyi-bunyi burung dan haiwan lain disebabkan terdedahnya mereka terhadap bahan kimia berbahaya, melambangkan musim bunga yang sunyi dan mati menjadi ilham kepada tajuk buku tersebut.

Seperti permata yang belum ditemui, 'Silent Spring' telah memberi sinar dan dimensi baru tentang penggunaan racun perosak dan pentimgnya alam sekitar di kalangan junior Sekolah Tinggi Lexington yang membacanya.

"Selepas membaca buku ini, apabila saya terfikir tentang alamsekitar saya tidak sanggup untuk membuang sampah kerana udara yang kita hirup. Buku ini menceritakan tentang bagaimana sains bertindak dalam permasalahan ini dan membuatkan ia lebih menarik untuk dibaca," kata Cecilia Betancourt (pelajar).

" Ia adalah masalah sebenar, apa akan jadi apabila serangga ini menjadi imun terhadap bahan kimia tersebut?" kata Revolorio.

Sebagai pelajar kepujian Kimia, membaca 'Spring Silent' adalah sangat berguna kata Crystal Klein, seorang guru kimia dan sains gunaan di Sekolah Tinggi Lexington. Ini adalah kerana, dengan menggabungkan buku sains klasik dalam kurikulum membuatkan pelajar berfikir tentang sains dalam dimensi yang berbeza.

"Memandangkan ia menjadi satu lonjakan besar untuk mencampurkan pengetahuan ini dalam subjek yang lain, penambahan beberapa buku adalah sesuatu yang bagus," kata Klein, "Saya juga secara peribadi percaya ia adalah penting untuk pelajar memberikan sedikit masa untuk membaca buku klasik. Ia akan mewujudkan perbicangan intelek antara mereka."

Katanya, pelajar akan melihat kedua-dua bahagian antara keuntungan yang positif dan negatif, seperti yang dikatakan 'double-edge sword of science."

"Racun serangga adalah contoh terbaik dalam hal ini kerana penggunaannya sangat meluas di Nebraska," kata Klein.

Walaupun "Silent Spring" seakan-akan berbentuk satu kutukan terhadap pengunaan racun perosak, Klein Carson tidak menghalang penggunaan racun perosak secara menyeluruh tetapi lebih kepada penggunaan yang berhemat.

"Buku ini memberikan kesan positif kepada pelajar," kata Klein tentang kesan terhadap penbacaan buku tersebut.

Ramai pelajar yang menyokong dan mencadangkan sesiapa sahaja untuk membaca buku ini.

"Ia menunjukkan bagaimana kesan terhadap ekosistem. Saya mencadangkan kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan sains," kata Leesa Gierhan (pelajar).

"Saya cadangkan pada semua,"kata Rodriguez. "Kita mempengaruhi dunia yang kita duduki. Kita mesti berhati-hati dengan bahan kimia yang kita guna."

....................................................................................................

Apap: Penggunaan racun perosak dan penglibatan pelajar dan mahasiswa tentang kempen kesedaran betapa pentingnya alamsekitar adalah perlu dan digalakkan. Ilmu pengetahuan tentang pencemaran dan bahan kimia yang membahayakan kesihatan perlu dididik pada setiap pelajar bermula dari peringkat rendah lagi.

Rujukkan: http://lexch.com/news/local/students-take-a-closer-look-at-green-movement/article_2fe15894-6cab-11e3-987f-0019bb2963f4.html